Monday, 19 August 2013

My life....

Assalamualaikum dan selamat pagi guys...

ok, this morning datang kerja semangat la sikit berbanding yesterday, mulalah terpikir nak buat kerja kerja yang dah pending. adala satu dua tugas yang perlu aku settelkan sebelum hujung minggu ni.

By the way, kehidupan aku kini rasa lebih mudah dan dilingkari bahagia, dengan keletah anak anak, gurauan isteri, buatkan hidup aku main terisi.

Bercerita tentang anak anak, ya mereka adalah nyawa aku. Kamilia, anak sulungku sudah berusia 4 tahun lebih, mulutnya ya rabb...macam  bertih jagung, pot pet pot pet...semua benda dia nak tanya dan ko mesti jawab, kalau tak ko akan terus di soal siasat, kalau jawapan ko silap, dia akan smash ko dengan ayat maut dia, apa la abah nih, jawab pun tak betul, cakap la elok elok? eh??? tapi dia jugalah tempat aku bergaduh hehehe, mamanya selalu membebel, ada jer dua  beranak ni....

Anakku yang kedua, Marissa, akan menjengah ke usia 3 tahun, bercerita tentang anak aku yang kedua ni, sifat dan perangainya lain sikit, nampak lebut tapi berjiwa kental, kalau buat perangai kat kedai or shopping kompeks dek tak dapatkan sesuatu yang dia nak, jawabnya ko memang kena angkat kaki balik rumah, sebab icha punya style kalau nak memberontak dia akan meraung sekuat hati dan rekod peribadinya paling lama meraung adalah lebih setengah jam? ko gila nak tunggu kat situ dengar dia meraung kat public cenggituh...herm, tapi dialah penghibur dialah penawar hati, marissa jenis yang pandai bawa diri dan berdikari, tapi dengan satu syarat, ko kena pandai tackle dia.

Anak aku yang ketiga, Rania, 1 tahun. mesti korang pikir, eh ramainya anak dia? hahaha...yer, anak aku tiga orang jer...jer! oklah tuh kawin 5 tahun, anak dah 3 orang, umur 31 tahun, ok what, sempat la anak anak besar sebelum ko pencen, dari ko tebalkan muka ko hantar anak ke sekolah dengan tongkat la bagai, lagi la malu kot..

Isteri aku pula, seorang yang snagat memahami aku luar dan dalam. Dalam? cup cup..jangan duk pikir benda dalam tu jer, maksud aku, isteri aku ni ada dah boleh baca isi hati aku walau pun aku tak cakap kat mulut, hebatkan?. ko hader? hahah

Kadang kadang tu sedih gak tengok isteri aku, layan kerenah anak anak, kerenah poyo aku lagi, erm, tahu dia letih, kerja untuk sama sama bantu keluarga. Thanks sayang, abang hargainya.

Dia selalu gak cakap, kalau dia banyak duit, anak orang kaya, dia tak mahu kerja, nak jaga anak anak...sebab dia sedih bila tengok anak anak membesar dengan orang a.k.a nursery+ pengasuh yang jaga...nak wat camna yang, lumrah hidup sekarang, hidup perlu diteruskan, rezeki perlu dicari, insyaAllah...kalau kita usaha lebih, kesenangan tu pasti ada..

ok guys, cukup kot entri kali ni, i will update next time key..

Salam.

1 comment: